Monday, August 24, 2009

Kisah Natrah..

Posted by Ummu Imran |
Tiba-tiba saya tertarik untuk menulis tentang kisah Natrah yang pada saya kisahnya sangat meruntun hati sesiapa saja yang hidup dan matinya berprinsipkan "laa ilaha illallah muhammadur rasulullah"..

Kisah ini bukan saja menyentuh tentang orang-orang melayu yang jiddiyyah mempertahankan Natrah tetapi lebih-lebih lagi tentang mempertahankan AQIDAH seseorang yang telah mendeklarasikan dirinya sebagai seorang muslimah..

Kesimpulan yang boleh saya buat mengenai kisah Natrah ini ialah beliau telah menjadi korban kepada masalah sistem perundangan yang sedia ada pada zaman itu.Masalah pertembungan di antara undang-undang British dengan undang-undang syariah..

Sehingga ke hari ini,masalah sistem perundangan ini masih lagi tidak dapat diperbaiki. Bahkan telah banyak terjadi kes-kes yang melibatkan hal ehwal Islam seumpama Natrah yang tidak dapat diatasi.Sepatutnya ia boleh diatasi tetapi apabila ada campur tangan dari undang-undang sivil,ia memberi pelbagai implikasi..

Jazakumullah ahsanal jaza' kepada figur-figur pengislah yang bertungkus lumus mempertahankan syariat islam lebih-lebih lagi dalam memartabatkan sistem perundangan Islam seperti allahyarham Tan Sri Datuk Professor Ahmad Ibrahim yang merupakan peguam kepada Natrah ketika itu.Segala sumbangan dan langkah-langkah pengislahan yang diusahakan pasti mendapat ganjaran pahala daripadaNya Yang Maha Adil..

Moga akan lahirlah generasi-generasi pelapis yang bisa mengislahkan sistem perundangan yang sedia ada sekarang.Ia..memang bukan mudah dan jalan yang harus dilalui sangat panjang tetapi apa salahnya kita berusaha dan teruskan berusaha.Saya yakin jika kita semua umat Islam mempunyai kesatuan,datanglah apa saja ancaman dan cabaran kita semua pasti akan berjaya menghadapinya.InsyaAllah!

Di bawah ini ialah buku-buku yang saya kira khusus menceritakan tentang kisah Natrah secara terperinci.Saya sendiri masih lagi dalam proses menelaah buku Atas Nama Cinta karya Isa Kamari.Moga akan mendapat manfaat daripadanya..

Satu harapan..

Mungkin suami saya dan sahabat-sahabat dari kuliyyah undang-undang juga bisa menjadi generasi yang mengislahkan sistem perundangan demi kemaslahatan Ummah.Tidak dilupakan juga sahabat-sahabat dari kuliyyah syariah dan mungkin dari semua kuliyyah yang berkredibiliti untuk menyumbang fikrah dan menggembleng tenaga bagi merealisasikan misi besar ini..biiznillah..

Kisah Natrah sudah menjadi sejarah..Sekarang ialah tugas kita untuk menentukan sama ada hendak mengubah sejarah atau membiarkan saja sejarah itu terus berulang..

Allahu 'alam..

0 comments:

Post a Comment

Kisah Natrah..

Posted by : Ummu Imran at 11:09 PM

Followers

My Blog List

Labels

Twitter

Designed by Miss Rinda | Inspirated by Cebong Ipiet | Image by DragonArtz | Author by YOUR NAME :)